Sunday, 7 April 2013

CORAL ISLAND ( PENANG NATIONAL PARK)






SERVICES

Our Services :
                      1.Boat transfer to : Monkey Beach,Kerachut Beach,Teluk Kampi,Mangrove,Round Penang              
                                                    Island,Coral Island,Fishing Trip and Etc


                      2.Jungle Trecking : Walk To Monkey Beach,Kerachut Beach,Teluk Kampi etc.

                         For More Infomation ,please contact :
                                                           Mie 017468 3241
                                                           selajuangin@yahoo.com










                   




Penang National Park Blog On 7-4-13

Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika. Info Pelawat : Penginapan Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :